Friday 25 November 2011

Salam Maal Hijrah 1443H



Salam Maal Hijrah semua ya...

Pejam celik pejam celik, kita dah masuk tahun baru ... Harini Awal Muharram,hari pertama dalam bulan ini mengikut kalendar Islam. Dah masuk tahun baru dah kita, bermakna usia kita pon makin meningkat. Sekejap je kan, tanpa kita sedar, kita dah makin dimakan usia

 Harap semakin tua ni, kita perbanyakkan amalan kebaikkan untuk tabung hari tua....
Apa yang berlaku hari sebelum ni, jadikan pengajaran utk kita semua.....
yang baik harus diperbaiki supaya jd lebih baik , yang buruk usah diikuti, malah perbaiki supaya ia menjadi baik...

Dikesempatan ini, IVM nak ucapkan Selamat Tahun Baru 1433H buat keluarga, saudara-mara, sepupu-sepapat , kawan-kawan, kawan-kawan blogger serta semua muslimin dan muslimat tak kira di mana pon anda berada sekarang dan xlupa juga untuk suami tersayang..

Selamat tinggal thn 1422hijrah..Jgn lupe baca doa akhir tahun lepas asar,Untuk selamat 


datang tahun baru 1433hijrah,baca doa awal tahun seleas maghrib.semoga kita semua 


lebih diberkati di tahunbaru..

Doa akhir tahun


Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa awal tahun...



Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota:
* Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009

Semoga ada satu penghijrahan yang besar dalam diri kita, keluarga kita serta masyarakat sempena tahun baru ini. Ini kerana ,ianya  satu permulaan untuk kita  ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala keburukkan dan kemungkaran.

 Semoga iman kita bertambah  dan amalan semakin bertambah.
Amalan yang kurang kita topap-topapkan, mana yang buruk buangkanla jauh2...
  
Salam Maal Hijrah

Thanks kerana sudi baca entry IVM !! U all sweet !!

0 000 org mendoakan kebahagian IVM: