^-^
Dah lama blog ni tak bertuan....
Mane la agaknyer tuan blog ni menghilang..... Korunk apa kabar???? sihat ke??? hope korang semua sihatla ya....
Irza bukan xnak update entry, tp masa dan keadaan tidak mengizinkan....
Hari ni, Irza nak share dengan korunk semua berita gembira dari Irza dan suami...
Dah setahun lebih kami menunggu saat-saat ini, akhirnya datang juga....
Kisahnyer, sebulan yang lalu Irza cuti sebab mengalami sakit perut yang teramat sangat, cirit birit yang luar biasa , sampaikan tak sempat ke tandas ..... (buat malu je kan ) dan juga demam ..... Masa ni, Irza kat rumah kawan kat Bandar Sunway ( tak sihat pun sempat berjalan lagi ).... Masa ni, Irza dah lewat period 12hari... Sebelum ni pun, period Irza memang tak teratur pun, kejap awal, kejap lambat.. ( apa kena mengena cirit birit dengan period ).... Tanda-tanda nak period dah datang awal seminggu, kebiasaan 2hari sebelum period tanda2 tu period dah datang, tapi kali ni lama betol, periodnyer tak juga datang-datang risau juga, lebih-lebih lagi cirit birit yang luar biasa..
Tak tahan sangat, Irza suruh suami beli test pregnant kat 7E... ( Dalam kepala ni duk pikir, apa kena mengena test pregnant dengan cirit birit ) Tergerak hati nak beli test pregnant.... Sebelum guna test pregnant tu, Irza simpan dulu macam tak logik je.... Sejam selepas tu, dah lega sakit perut Irza gunala test pregnant tu.... Tiba-tiba berasa cuak sebab buka-buka je test pregnant macam gambar di bawah ni, Irza tak pernah pom jumpe UPT macam ni, hehehehhehehe... Macam tak yakin je dengan UPT ni, tapi Irza guna jugak sebab dah belikan....
kecik je test pregant ni...
Lama jugala dalam tandas, lepas je guna UPT ni Irza biarkan benda ni kat atas sinki.... Irza biarkan dia lama-lama sebab Irza tak burjet pun Irza pregnant sebabnyer tanda-tanda period tu ada, sebab itu Irza buat tak tahu je, tak nak mengharap takut kecewa macam sebelum ni.... 15 minit kemudian, Irza tergerak hati nak tengok UPT ni...... ^_^ ..... Tiba-tiba rasa macam nak pitam pun ada, rasa macam di angkasa lepas pun ada.... Irza menjerit sekuat hati, terkejut suami Irza .... Betol ke result UPT ni????????????.... Memang Irza tak yakin.... Dalam tak yakin , hati berbunga-bunga kegembiraan... Dah lama tunggu saat ni.... Irza panggil suami Irza... Irza dapat lihat air muka suami Irza, meleleh air mata kami.... syukur alhamdulillah... Irza biarkan UPT tu kat atas sinki, nak tunggu kawan Irza balik dari kerja, nak kongsi berita gembira ni bersama dia... hehehehe..... Kegembiraan ini, kami kongsi bertiga bersama kawan Irza....
Akhirnyer terjawab jugak persoalan, samaada betul atau tidak Irza hamil... Result dari doktor mengesahkan Irza dah hamil 6 weeks.. ALHAMDULILLAH, rezeki kami di awal tahun...
Banyak betul rezeki di awal tahun... Syukur Alhamdulillah... Doktor bagitahu Irza bakal melahirkan anak pada 6hb Sept 2012.... Kalau betol-betol baby lahir bulan 9, gebap 2 tahun kami kahwin kerana 12hb sept 2010 kami diijab kabul..... Jika, baby betol-betol lahir 6/9, maknanyer tarikh ni terbalik dengan tarikh lahir suami Irza iaitu 9/6 ... Korunk doakan Irza serta kandungan ini selamat ya.... Now, kandungan ni dah masuk 13 weeks...
Alhamdulillah, alahan Irza tidak teruk sangat pun, cuma badan cepat penat dan malam macam nak demam, rasa tak selesa serta susah nak tidur... Minggu lepas, makan je muntah, makan je keluar balik, tapi Alhamdulillah sekarang dah kembali normal.... Amin...
Panjang betul entry Irza kali ni ya...hehehhe... Okey la, Irza nak sambung kerja ni, banyak kerja nak kena settle, bulan 3 ada ISO Audit.... Adoiii pening kepala, tak larat rasa... Okey korunk babai...
"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting,
usaha & tawakkal."